Peringkat Jutsu Jutsu_(Naruto)

Bergantung kepada kesukaran dan skil yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu jutsu, ia dikelaskan ke dalam beberapa peringkat. Terdapat enam peringkat berbeza untuk semua jutsu:

  • Tahap-E - Teknik yang dipelajari oleh pelatih di Akademi Ninja. Merupakan teknik asas yang sangat mustahak bagi semua ninja.
  • Tahap-D - Teknik bertahap Genin. Mampu dipelajari oleh semua Genin, namun selalunya mereka akan mempelajari teknik yang berkaitan dengan diri mereka sahaja.
  • Tahap-C - Teknik bertahap Chunin. Kadangkala boleh dipelajari oleh Genin yang melakukan latihan secara berterusan.
  • Tahap-B - Tenik bertahap Jonin. Memerlukan pengunaan dan kemahiran penguasaan chakura yang tinggi.
  • Tahap-A - Teknik bertahap Kage atau Jonin. Memerlukan penguasaan mutlak kepada pengetahuan chakura dan mungkin melibatkan penggunaan jutsu terlarang.
  • Tahap-S - Teknik bertahap rahsia dan dianggap ekstrem. Selalunya unik untuk seorang ninja sahaja.


Semakin tinggi tahap sesuatu jutsu, maka semakin sukar ianya digunakan. Kekkei Genkai digolongkan sebagai kebolehan unik dan bukan bentuk jutsu, manakala Kebolehan Haiwan Berekor pula tidak mempunyai tahap.